FotoKIDS @ Tasek Titiwangsa

18 05 2008

Last week baru settle presentation…quite frust jugak r ngan outcome project tuh plus ade sket stress pasal aku terlepas exam utk satu subject bcoz of financial prob…so memandangkan aku free on that saturday coz tade wedding job, aku decide utk melarikan diri dari keserabutan yang ade dalam kepale…

aku join this event…organize by FotoKIDS which involved sangat ramai kanak-kanak bersame ibu ibu bapa bapa mereka..hehe…sangat menenangkan jiwa melihat keletah kekanak nih…happy jer derang lari sane sini kejar bola letup belon tepuk tampar guling lompat and menmacam lagi ah aksi2 comeil yg kuar secare spontan dari dak2 nih…sampai aku yg tgh tension nih pun terpakse mengukir senyum melihat telatah mereka……best kan jadi bebudak…takyah nk pikir pasal duit ar assigment ar keje ar kete ar awek ar macam2 ar….sronokk je bangun tidur mandi gelak2 makan tidur bangun mandi gelak2 nangis makan tidur…huhu…

neway, thanks to FotoKIDS for these wonderful events…nextime kalo nak buat lagi jangan lupe jemput saye yer…

Date of Event: Saturday, 17th May 2008
Time: 8 a.m. – 11 a.m.
Venue: Taman Tasik Titiwangsa
Menu: Pot Luck Meals, Photo Cake.
Theme Colors: White & Green (Vanilla Lime Green.. )
Meet Up Point: The Green Tunnel, from Restoran Nelayan Titiwangsa’s Entrance





Virtual Reality Showcase 08

14 05 2008

VR Showcase taken place at MMU VR Studio.

Nih kali kedua aku shoot event showcase dak2 final majoring VR…means da 2 tahun ar aku extend mendalah nih…adehh…segan gak nk g memule..tp da org invite nk mintak khidmat dan skill aku yg ade nih…so tebalkan ar muke aritu datang gak…ermm…harap2 next year aku shoot showcase aku sndiri…amin~




Konsert Idris Sardi bersama Orkestra Seni Kebangsaan

3 05 2008

Konsert Idris Sardi, seorang lagenda musik dari Indonesia bersama Orkestra Seni Kebangsaan yang diketuai oleh saudara Mustafa Fuzer Nawi bertempat diPanggung Sari, Istana Budaya pada 19&20 April 2008…sangat bertuah rasanya diri ini kerana dapat menjadi saksi akan kehandalan seorang pemuzik yang mungkin kurang dikenali oleh golongan muda di negara kita ini…

tatkala memperingati seorang lagi insan seni yang sepatutnya terlibat sama dalam menjayakan konsert beliau, ini yang dikatakan olehnya…”Hadir dan ada itu berbeda…”, sambil mendongak dan menunjuk ke atas…lantas memainkan lagu ‘Berhenti Berharap’ yang pernah diminta oleh Allahyarham Jalil Ngah, seorang pengarah kreatif yang telah banyak berjasa dalam industri muzik tempatan…para hadirin terpaku dengan gesekan biolanya sehinggakan aku sendiri hanya mampu meletakkan cameraku ketepi dan menghayati alunan indah musikalnya…

Idris Sardi,70, atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mas Idris’ terkenal dengan kehebatan gesekan biolanya, juga adalah seorang komposer yang telah banyak memenangi anugerah sepanjang kariernya yang bermula sejak berumur 6 tahun lagi…aku mula mengenali nama yang gah ini tatkala aku mempelajari seni gesekan biola tidak lame dulu…bapa aku adalah antara peminat setia ‘Mas Idris’ dengan koleksi piring hitamnya yang masih tersusun rapi dalam simpanannya…

Konsert ini juga menampilkan MOHRAM yang dianggotai oleh Mohar dan Ramli yang juga giat memperjuangkan muzik etnik di negara kita…terima kasih kepada Kelab Sahabat Foto Seni Budaya yang memberi peluang kepada aku untuk merakamkan konsert yang cukup bersejarah dan bermakna ini…thanks juga kepada ‘Mas Idris’ yang sudi menandatangani ‘CD’ buat peminat setianya, ayahanda ku sendiri~






Team TOYO Drift Competition 2008

9 04 2008

For the first time in Malaysia, Team Toyo Malaysia hosts the Team Toyo Drift Asia Pacific Competition. Team Toyo Drivers from several countries participating are: Japan, China, Hong Kong, Thailand, Malaysia, & New Zealand….here’s the full coverage of the events…

Venue: Speedway Plus
Date: 6 April 2008





OK! Red Party @ Heritage Mansion, KL

29 03 2008


this is my 2nd time shooting a red carpet event which is an oppurtunity for me to shoot our local artist….and last time i missed to get a shot of me with maya so this time i really wanted to…but then again i missed it as she left early that nite…huhu…

3rd time always the luckiest one…so hope that i can see maya again in the next event…hehh~


Venue: Heritage Mansion, KL
Date: 27 March 2008
Photog: mas.





Wedding in CS Way

28 03 2008

Wedding in CS Way by Udey Ismail (Senior Photog CandidSyndrome) was been held at the KLIUC on the 22nd and 23rd March of 2008…this workshop organized by Candidsynrome.com are the way to share their knowledge and experience in the Wedding photography industry to help the ‘malay’ photographers to move forward from where they were rite now…

jikalau kebiasaannya outing ke taman2 bunga atau tasik dan sebagainya….satu kelainan yang cuba dilakukan pada outing worksyop kali ini dimana para peserta dibawa ke bandar Kajang lama untuk sesi Street Wedding Photography…thanks to Romi n Laila yang sudi menjadi model untuk ditembak oleh para peserta worksyop di tengah2 kesibukan pekan Kajang…thanks juga kepada Angah and Sapexx dan beberapa lagi junior photog CS yg turut membantu dalam menjayakan worksyop dan outing kali ini…tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan worksyop dgn penuh cemerlang…