ketika kita melontarkan suatu kata dalam kemarahan…kata -kata itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati kita juga…dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan…akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia…sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya..tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya…
tiada salah berbicara akannya…terkadang si jejaka sangat malu memperkata tentang cinta…di akalnya yang lemah sahaja menyebut kata cinta…yang gagah harus simpan dalam egonya pendam dalam ‘macho’nya…tiada sebab memperakui seperkara berkenaan cinta di khalayak yg mendengar mahupun membaca…lebih rela berdiam diri dari diperlekeh sahabat semeja…
sebuah cinta takkan sempurna tanpa kasih sayang… kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu…tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera…berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah…teruntuk cintaku yang entah bila kan kutemui, aku akan sentiasa menyayangimu walau dimana jua engkau berada…tuk sahabat-sahabatku…hiduplah atas nama cinta…cuma harus diingati…cinta bukanlah segalanya…skadar selimutan buat hati seorang insan yang bergelar manusia…~



Recent Comments