A sad true story :(

30 09 2007


I got this from my fren’s blogs…

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun di depan sana,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan
anaknya,nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pakcik,

‘Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan.’

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

‘Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela,’ begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu:

‘Daripada balik tangan kosong? ‘

Lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun. Dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.

Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak menghisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.

Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.

Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cubamenahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul- betul kesal dengan apa yang berlaku.

Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.

sedih gile beb cite nih…that’s why i wanna share it with u guys…amek iktibar dan jadikan pengajaran~…





MMU Konvo ‘07

27 09 2007




fancy restaurant…

25 09 2007
u know..i cant remember the last time i walk into the fancy restaurant..or maybe i never did..but last nite, i had a break fast with one of my bestfren at secret recipe..well, before this i’ve tasted their so called special cheese cakes before..but never in my life having a la carte in their restaurant..kenapa?..tak pecaye?..people said Chili’s are the best…i’ve never been there…TGI Friday also nice…never been there…and lots and lots of restaurant which i always heard bout it but still never been there…
i do eat at Mcd, Kfc, Pizza Hut, Kenny Rogers and all that fast food kind of a restaurant…i even had a coffee latte or a ice blended mocha at starbuck and coffee beans..i do..but the things is, i’ve never been to these fancy type of restaurant which serve u like what u saw on television if u know what i mean…whenever i passing by all these type of restaurant, i dont feel like it was my thing..

im not the type of guys who really choose what to eat..i dont even care about the taste also..because back in time, when i was in school..they thought us that whatever it is, u have to eat it..because if u dont…then u’ll be hungry for the rest of your day..i used to eat a bit of rice wit a lot of ‘kobis goreng’ and a ‘cili sos’..its happens because we had a long day of ‘rugby’ training that day and when we went back to the ‘dining hall’..everything have been cleared as they thought every student have take their meal..nobody even care to tell them that the rugby team still on the field..and what left are just the thing that i mentions above..but nobody say nothing..we just took out the tray, fill it with rice,a lot of ‘kobis goreng’ and put ‘cili sos’ on it and eat it as a team..and you know what, until today…that was the meals that i’ll never forget for the rest of my life..the best meals ever…

before this all i can think is that..it is soo ‘membazir’ for paying 15-20bucks per plate for the meals..u can have 5 plates of ‘nasi goreng’ at the stall nearby for that kind of money..but then..the taste, the feel, the relaxation that i had yesterday..makes me realize that its such a great way running from all the stress and tension that u had for the rest of the week or month..so ive change my perception and maybe once in a while, u can have a proper dinner in a fancy restaurant…

so for those who read this…if u know any fancy places that u can recommend to me..please do..and maybe we can go together too…:)~





Retronissans.com

22 09 2007
1st time TT ngan budak2 retronissans.com..tu pun sbb derang buat kt Cyberjaya so takde masalah utk aku pegi ar..kalo buat kt KL blom tentu sampai lagi ar kot..huhu…neway, best giler bile tgk berderet beratur nissan sunny kt parking oldtown kopitiam tuh…sape sangke kan..kete buruk camni pun still ramai peminat die…hehh..

kebanyakan yg datang sume dah bikin engine gile2 punye…ade ar sbijik due yang standard…termasuk aku punye ar kan…hehe…tp dlm byk2 kete yg ade mlm tuh..derang isytiharkan kete aku paling cun…ahahaha..nice and clean ar konon…hehh…bile dok minum kt oldtown tuh..sume start sembang pasal engine kete..perhhh…satu hape pun aku tak reti…mase derang bkk engine bay aku lagi ar..tanye tu tanye ni satu ape aku tatau..derang ckp ade barang rare dlm engine aku tuh…ye ker?..uhhu…awal2 aku da ckp kt derang bab2 engine nih mmg aku fail tahap gaban..

apepun..mmg best ar dpt kumpul ngan peminat2 nissan sunny nih…and secare unofficialnye aku dilantik menjadi event photographer derang…hope pasnih dpt join derang konvoi lak..hehh…

Click HERE for other pics





i got publish!

15 09 2007

this is the September edition of Digital Camera Malaysia…and my works have been publish in it..yeahh!





garis lurus kehidupan…

13 09 2007


tatkala perginya seorang rakan..
lahirnya anak lelaki seorang teman..
inilah suratan kehidupan..
pusingan hidup mati kite sebagai insan…

tghari td aku terima satu forwed msg yg mengatakan seorg sahabat yang tak brape sempat utk aku kenali telah pergi ke rahmatullah..innalillahi wa inna ilaihi rojiun..semoga roh Norhazimah tersemadi bersama orang2 yang bertakwa dan beriman kepada Allah..aku sendiri tak pasti akan punca pemergian arwah…diberitakan arwah mengadu sakit kepale pada mulanya dan kemudiaannya pengsan..dan apabila dibawa ke hospital utk mendapatkan rawatan..diberitahu bahawa terdapat pendarahan di kepale..setelah beberapa hari, arwah pergi meninggalkan kita…

betapa pemergiannya membawa seribu keinsafan kepada kita..senantiasalah mengingati mati kerana ajal itu letaknya ditangan yang Maha Esa..kecil, besar, tua, muda tidak menjanjikan apa2 kerana segalanya telah tertulis akan qada dan qadarnya yang mana kite harus percaya bahawa disamping kite berusaha dan merancang namun Allah telah menentukan segala sesuatu itu terletak didalam kekuasaanNya…

dan sebentar tadi, aku terima satu sms dari seorg teman yang memberitahu akan kelahiran anak pertamanya…seorang bayi lelaki seberat 3.15kg selamat dilahirkan pade jam 1157am…ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat hendaknya…alhamdulillah…syukur dan tahniah buat Irzawati atas kelahiran anak pertamanya itu…;)

lihatlah betapa Allah itu Maha berkuasa..secebis kisah yang terlintas di depan mata aku sendiri…kisah satu kematian dan satu kehidupan…sungguh menginsafkan…1 Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keinsafan…mungkin petunjuk dariNya kepada kita bagi mengingatkan yang nyawa kita ini hanya dipinjamkan sementara olehNya…ape yg aku lalui hari ini akan kujadikan iktibar dalam meneruskan kehidupan…selamat menyambut bulan ramadhan..~

“Maha Suci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Maha Mulia lagi Maha Pengampun” (Surah Al-Mulk [67]:1-2)