lantai kehidupan…

23 08 2007
aku mengerti bahawa hidup hanyalah sebuah rangkaian aksi yang berkesinambungan..sebuah jalan cerita yang tak pernah dirumuskan atau dipenakan secara nyata..sebuah rutin kompleks yang diolah oleh keinginan, harapan dan pemberontakan…

aku bercerminkan keperibadian orang-orang yang tak pernah memikirkan satu tujuan..mereka berdepan dengan sebuah impian yang penuh bererti..mereka bersikap seolah hidup ini telah memenuhi senario yang ditetapkan buat mereka..mereka seolah lupa akan jaminan perubahan yang dijanjikan sewaktu berusaha menemukan erti kehidupan yang lebih bermakna..

aku tak pernah lihat betapa gemerlapnya hidup yang seharusnya tercermin dari paras wajah mereka..aku tidak nampak kualiti hidup dari mereka…sebuah ideologi kuno dan budaya yang sangat bertentangan dengan sejengkal ilmu yang dimiliki..sebuah pemberontakan yang muncul dari hati kecil yang selalu mendambakan erti perjalanan jiwa yang lemah..

mungkinkah?..keberanian untuk berbeza ini tidak beralasan?..apakah hanya sebuah ledakan tak bererti yang muncul kerana hormon yang sedang bergejolak didalam dada?..atau apekah mungkin sebuah bukti bahawa hanya sebahagian kecil manusia yang tabah dan berkeinginan untuk mencari realiti demi membuktikan bahawa senario hidup yang selama ini dikatakan cukup kompleks dan rumit merupakan satu garis lurus fleksibel yang dapat dibentuk apabila kite berkehendak dan mencuba untuk mengubah bentuknya agar dapat menyuarakan secangkir senyuman?..

mungkin semuanya terasa sangat membingungkan yang mana mungkin juga bisa membuatku tersesat dan terlalu jauh berjalan..aku takut otak kecilku ini tidak berdaye mengolah semua kekacauan pengertian yang selama ini meruntun kemudi hati ini..aku takut punggung ini tak mampu menemukan dinding sandaran untuk menopang keletihan..aku takut akan kenyataan bahawa manusia itu sebenarnya hanyalah sebuah ketidakmampuan dengan sifat ego yg berlebihan..tapi bukankah kerana itu kite hidup bertuhan??…~


Actions

Information

Leave a comment