MERDEKA!

31 08 2007


merdeka! merdeka! merdeka!
jeritan bergema rakyat malaya
jatuhnya penjajah bangunnya bangsa
31 0g0s 1957 ia bermula…

Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan
Tun Abdul Razak mengilhamkan pembangunan
Tun Hussein Onn mengekalkan perpaduan
Tun Dr. Mahathir membawa kita ke arah kemodenan

merdeka! merdeka! merdeka!
kembali bergegar dataran merdeka
lima dekad kita berjaya
jalur gemilang kebanggaan Malaysia…

kini PakLah pula mencurah keringatnya
kemanakah hala tuju kita bersama
mengejar impian dan harapan pemimpin sebelumnya
meneruskan perjuangan membangunkan anak bangsa…

demimu MALAYSIA!…

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50…MERDEKA!





tahniah!

30 08 2007
Pic taken from http://www.fam.org.my
TAHNIAH!..syabas diucapkan kepade pemain2 pasukan bolasepak negara bwh23tahun yang telah berjaya merangkul piala Pestabola Merdeka kembali setelah 14 tahun terlepas dari genggaman…hadiah paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat2 bolasepak tanahair yang tidak jemu2 memberi sokongan dan semangat buat pasukan negara…tahniah sekali lagi…

betapa tiket RM20 sedikitpun tidak mematahkan semangat peminat2 untuk membanjiri stadium Shah Alam…aku antara 50,000 penyokong yang hadir pade malam yang penuh bersejarah itu…rase amat terharu setiap kali jeritan MALAYSIA diiringi kibaran bendera yang umpama lautan sedang bergelora…sayang sekali aku tidak mmbawa ‘kekasihku’ bersama untuk merakamkan saat2 yang penuh gemilang itu…atas dasar ingin menikmati sepenuhnya malam kebangkitan bolasepak tanahair lantas aku tinggalkan ‘kekasihku’…nyanyian “inilah barisan kita…” benar2 menaikkan semangat kepahlawanan yang ada dalam setiap diri rakyat Malaysia…hampir setiap 10min akan berkumandanglah lagu ini yang mana memberi kesan kepada pemain2 yang berpenat lelah diatas padang…bagi membuktikan kemampuan yang mana kita masih mampu untuk bertanding dlm sukan yang paling terkenal didunia…

tiada kesilapan bodoh…tiada hantaran tanpa arah…tiada kawalan bola yang lemah…sesungguhnya pasukan bwh23 adalah jauh lebih baik daripada pasukan senior yang bertanding dalam piala Asia yang lalu…mungkin sekali sekala tatkala diserang oleh pasukan lawan, kegentaran dijiwa menghasilkan sdikit kegelinciran dari segi permainan…selain itu, hanya puji2an yang harus diberikan kepada pemain2 yang ade di atas padang…ketajaman Safee dan Zaquan di bahagian serangan benar2 terbukti dengan membawa pulang satu gol setiap sorg…tahniah…sememangnya desakan dari dalam diri untuk menghadiri perlawanan akhir mlm tadi membawa seribu erti…setiap saat dinikmati kerana entah bila lagi agaknya peluang untuk menyaksikan 50,000 orang hadir yang mane hampir 3/4 daripadanya membawa bendera terikat dibahu mereka…dan kemenangan adalah bonus dan hadiah terbaik buat kami…penyokong setia pasukan bolasepak negara…

kami mahukan yang terbaik…bukannya kritik membabi buta…bukannya mengutuk kerana kalah dan sebagainya…cuma permainan yang bersungguh2, teratur dan semangat melawan yang perlu ditunjukkan sebenarnya…kite kalah kepade Myanmar ketika perlawanan peringkat kumpulan…tapi tiada siapa yang mencaci maki meraka…kerana apa?…maaf sekiranya pasukan senior tersinggung tapi inilah kebenarannya…sedar atau tidak pembaharuan yang dibuat FAM baru2 ini mungkin sedikit sebanyak memberi impak kepada kebangkitan pasukan negara…Sathianathan terus dinaikkan pangkat menerajui pasukan senior…dan pendapat aku, lebih baik kekalkan skuad yang sedia ada dengan menambah muka2 yang boleh membawa sinar yg lebih bercahaya…dan mungkin suatu hari nanti kite mampu merealisasikan mimpi kite untuk ke piala dunia…siapa tahu?…dan aku…akan sentiasa ada dibelakang dengan membawa bendera…jalur gemilang kebanggan kita..~

inilah barisan kita
yang ikhas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi
sebelum kita berjaya
jangan harap kami pulang
inilah sumpah pendekar kita
menuju medan bakti
andai kata kami gugur semua
taburlah bunga di atas pusara
kami mohon doa
MALAYSIA berjaya
semboyan telah berbunyi
menuju medan bakti….




lantai kehidupan…

23 08 2007
aku mengerti bahawa hidup hanyalah sebuah rangkaian aksi yang berkesinambungan..sebuah jalan cerita yang tak pernah dirumuskan atau dipenakan secara nyata..sebuah rutin kompleks yang diolah oleh keinginan, harapan dan pemberontakan…

aku bercerminkan keperibadian orang-orang yang tak pernah memikirkan satu tujuan..mereka berdepan dengan sebuah impian yang penuh bererti..mereka bersikap seolah hidup ini telah memenuhi senario yang ditetapkan buat mereka..mereka seolah lupa akan jaminan perubahan yang dijanjikan sewaktu berusaha menemukan erti kehidupan yang lebih bermakna..

aku tak pernah lihat betapa gemerlapnya hidup yang seharusnya tercermin dari paras wajah mereka..aku tidak nampak kualiti hidup dari mereka…sebuah ideologi kuno dan budaya yang sangat bertentangan dengan sejengkal ilmu yang dimiliki..sebuah pemberontakan yang muncul dari hati kecil yang selalu mendambakan erti perjalanan jiwa yang lemah..

mungkinkah?..keberanian untuk berbeza ini tidak beralasan?..apakah hanya sebuah ledakan tak bererti yang muncul kerana hormon yang sedang bergejolak didalam dada?..atau apekah mungkin sebuah bukti bahawa hanya sebahagian kecil manusia yang tabah dan berkeinginan untuk mencari realiti demi membuktikan bahawa senario hidup yang selama ini dikatakan cukup kompleks dan rumit merupakan satu garis lurus fleksibel yang dapat dibentuk apabila kite berkehendak dan mencuba untuk mengubah bentuknya agar dapat menyuarakan secangkir senyuman?..

mungkin semuanya terasa sangat membingungkan yang mana mungkin juga bisa membuatku tersesat dan terlalu jauh berjalan..aku takut otak kecilku ini tidak berdaye mengolah semua kekacauan pengertian yang selama ini meruntun kemudi hati ini..aku takut punggung ini tak mampu menemukan dinding sandaran untuk menopang keletihan..aku takut akan kenyataan bahawa manusia itu sebenarnya hanyalah sebuah ketidakmampuan dengan sifat ego yg berlebihan..tapi bukankah kerana itu kite hidup bertuhan??…~





fireworks…

23 08 2007
meriah!…hanye itu yg dpt aku ucapkan dengan kate2…punye ar ramei umat manusia yang datang ke putrajaya semalam…berpusu2 org dtg nk tgk serbuk2 yg dibakar kemudian berterbangan di udara dalam pelbagai bentuk dan rupa atau lebih dikenali dengan nama BUNGA API!…

beberapa bunge api yg sempat aku rakamkn smlm…shoot dari jauh je pasal senang nk kuar balik pastu…ade lagi satu spot menarik yg nampak picc,jambatan ngan ferris wheel tak jauh dari sni tp dah pack sgt mase aku smpai tu…maybe lepas nih try kt situ lak…


event yg menarik utk diadakan setiap tahun…cuma satu jer…dari segi penganjurannya…flow traffic mlm smlm agak menyedihkan…ade yang tersangkut kt putrajaya hampir 2 jam utk keluar…agak pelik sebenarnya bagi sebuah bandaraya yang terancang seperti putrajaya…masalah kesesakan jalanraya masih menjadi masalah utama…bayangkan pelancong yg datang utk menyaksikan bunge api yg berlangsung selama 15-20 min sahaja yg kemudiannya hanya mampu menghabiskan masa didalam kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan berjam2 lamanya…ape review yg akan kite terima??…adekah mereka akan bercerita tentang keindahan bunge api yg ditonton atau mengeluh akan nasib mereka yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalanraya…hmmm….~




Fireworks Festival Putrajaya ‘07

22 08 2007




aku punya pilihan…

21 08 2007

mengapa aku mengejar yang berlari kencang?
padehal yang berdiam diri itu banyak…
mengapa aku ingin meraih buah yang pohonnya tinggi?
padehal buah yang ada dipohon rendah itu banyak…

mengapa hanya engkau yang dapat memikat hatiku?
yang bisa membuat hatiku terpesona…
padahal masih banyak…yang lainnya…

bukankah lelaki tercipta untuk memilih
bukankah jumlah adam sepertiganya dari hawa…

jika demikian…wanita adalah pilihan
jika demikian…satu adam dapat memilih
satu hawa dari tiga hawa yang tersedia…

tapi mengapa..?
aku hanya punya satu pilihan
kau seorang…

padehal kau berlari kencang
padehal kau dipohon yang tinggi…

tapi mengapa..?
ku geleng-gelengkan kepala..
ku jawab..ku tak mengerti..
dan aku tak pelu mengerti itu semua..