tanpa warna….

23 07 2007

bulan meringkuk kedinginan
mengitari bumi tanpa warna
selimut kecilnya tersapu habuk-habuk angkasa
mengait penghangatnya tercerai tanpa janji
biarkan….

biarkan saja dia sendiri
menikmati renungan gulita
yang berkabus di angkasa
yang mengikat tindak auranya
biarkan sang raja malam mengurungnya
memenjarakan sang bulan dalam gelap
venus yang egois itupun tak mahu menemaninya
menghangatkan diri sendiri di perapian bagaskara
bintang enggan menyapa
meninggalkan bulan yang tak berpijar
kini bulan terperangkap sepi
meringkuk…
mengitari bumi tanpa warnanya….





footsool…

22 07 2007
team futsal ‘Pak Syed’ terdiri daripada pemain-pemain yang amat berkaliber…didahului dengan penjaga gawangnya, si ‘Haron’ yang mempunyai ketangkasan yang luarbiasa dan terkenal diluar gelanggang sebagai pemain ‘bass’ yang cukup power…

diikuti pula dengan 2 benteng pertahanan yang kental iaitu ‘Mas’ seorang photographer dan ‘Katoq’ pula seorang virtual architect yang sering membuatkan pasukan lawan agak gusar untuk cuba memasuki petak D yang tersedia berbekalkan saiz badan mereka yang boleh tahan segaknya…

bahagian tengah pula dimudiki oleh ‘Imp’ yang mempunyai kekacakan seumpama Dr. Fadzley sehingga mampu mengkucar-kacirkan pasukan lawan dengan helah kakinya…diikuti rapat oleh ‘Port’ yang memiliki genetic yang hampir sama dengan ketua pasukan Liverpool yakni si ‘Gerrard’ dan mampu merobek pasukan lawan dengan sepakan derasnya…’Yass’ pula lebih gemar menjadi runner dgn membuat hantaran2 yang sukar dibaca di bahagian kiri dan kanan sayap sehingga pasukan lawan penat dan cramp mengejarnya…

dan posisi terpenting dalam pasukan iaitu pemain penyerang dikepalai oleh ‘Wan’ sang pencinta wanita yang mampu menarik minat gadis-gadis comel untuk bersorak di tepi padang sebagai helah menarik perhatian pemain2 pasukan lawan…dan akhir sekali si ‘Maman’, seorang pemain yang berkebolehan untuk berada dimana-mana posisi yang kosong akibat kepancitan pemain lain serta mempunyai kadar rembatan yang amat tinggi kekencangannya…

itulah dia senarai pemain-pemain team ‘Pak Syed’ yang menjadi pasukan belasahan ketika masuk bertanding dalam kejohanan MMU Open pade bulan Mac yang lalu…walaupun mempunyai pemain yang cukup hebat dan berkaliber…namun pengalaman mengatasi segala…tiada diantara kami yang pernah beraksi dalam liga EPL mahupun liga Sepanyol malah liga Super juga hanye sebagai penonton yang datang untuk memaki hamun player-player yang ade di atas padang…jadi inilah punca mengapa pasukan ini tewas kesemua perlawan di peringkat kumpulan dan seperti kata bekas jurulatih pasukan negara yang dilauk di kejohanan Piala Asia baru2 ini…”inilah pemain-pemain terbaik yang dapat dikumpulkan untuk dijadikan satu pasukan…mereka telah berusaha sedaya upaya namun pengalaman mengatasi segalanya”…sekian.

“..tewas sekali tak bermakna tewas selamanya…tunggu masa nak menang jer..heh..”





andainya…

15 07 2007
andai dedaunan runtuh
bisa kukembalikan
andai waktu itu
bisa kuperbaiki
tapi aku tahu
semua itu tak akan mungkin
tapi mengapa
jauh dari lubuk hatiku berkata
Untuk mengapa impianku
apakah aku harus menggapainya
dalam perasaan gundah
yang tiada berhenti ini?




4 07 2007
wahh…rupenye dah hampir sbulan lebey aku tak update blog nih…hurm…agak byk mende yg menyerabutkan pikiran aku since end of may arituh so that’s why aku jarang or tade mood utk tulis anything dlm nih…byk sgt mende nk pikir sampei kekadang tuh terase cam da sampei tahap tertinggi punye tension dah…aku baru terbace dlm suratkhabar bebaru nih yg stress actually can create other problems such as blood pressure, heart problem and can lead to the mental illness…huhu…scary huh!…

and the thing is…aku nih jenis yg tak reti nk cerite masalah aku kt orang laen…ade jer yg cube mmbantu…but aku yg refuse to be help kot…ntah ar…sbb aku rase tak perlu utk aku membebankan orang laen dgn masalah aku tuh…hurm…so aku byk belakon sbenarnye spanjang mase nih…at least bile org sekeliling nmpak aku happy, they’ll treat me cam biase rather than tanye memcm soalan yg akan membuatkan pale otak aku makin bingung…dgn care nih gak sdikit sbanyak aku dpt lupekan seketika segale tekanan and masalah yg aku hadapi bile aku hangout ngan derang2 nih…but then, bile bersendiri…it keeps coming back to me….hurm…ntah ar…

a lot of things happends since then…byk yg da termiss utk aku coretkan…tgk ar…kalo ade mase nnti aku cover balik story2 yg aku da terlepas tuh…buat mase nih aku still dlm tempoh bermeditasi ngan diri sendri…kepade pembace yg setia mahupun semua silent reader blog aku nih…doa2kan ar agar aku kembali seadanya…agar dapat aku kembali menjaja bahasa seindah si cantek bunga yang mekar disinari cahaya…..~





Karnival Volkswagen Malaysia

1 07 2007