Heh…aku kembali…kembali seperti aku yang dulu…akhirnya aku sedar…apa yang berlaku hanyalah sekadar untuk mengajar aku…satu tempoh pembelajaran tentang hidup yang agak sukar bagi aku…dan syukur kerana aku berjaya juga melaluinya…walaupun pada mulanya aku merasakan dunia dan hidup ini begitu kejam kepada aku…kejam sekali…namun kekejaman itu adalah demi menunjukkan…betapa hidup ini tidak pernah sesempurna yang kita mahu…ianya tidak selalu seperti yang kita harapkan…seperti apa yang kita rancangkan…
hubungan aku dengan dia kembali seperti biasa…namun, aku tetap terasa dengan kata-katanya terhadap aku tempohari…dia menganggap aku tidak ikhlas dalam persahabatan…anggapannya bahawa aku berkawan dengannya semata kerana mahu memilikinya…dan aku betul-betul kecil hati apabila dituduh sebegitu…sedangkan…kerana keikhlasan aku berkawan lah…aku pendam perasaan aku padanya selama ini…sedangkan…kerana keihklasan aku berkawan lah…aku cuba untuk menggembirakannya senantiasa…dan mungkin kerana terlalu ikhlas aku berkawan…membuatkan aku terlupa…yang aku dan dia hanyalah kawan semata…tapi kini aku sedar…yang aku telah melangkaui sempadan persahabatan kami…aku sedar…betapa keikhlasan itu hanya terletak pada hati…dan sesama kita tidak akan dapat menilai akan ikhlasnya perbuatan seseorang itu…hanya aku dan Dia…yang tahu…aku terima takdir yang telah ditetapkan olehNya padaku…dan aku akan senantiasa mendoakan kebahagiaan dia…tapi, buat seketika…aku tetap berkecil hati…huhh…
aku seperti sudah tekad sekarang…telah lama aku memikirkan tentang perancangan masa depan aku ini…aku sudah bosan dengan keadaan di sekeliling aku…dikelilingi oleh melayu-melayu yang kebanyakannya busuk hati sesama melayu sendiri…dikelilingi cina-cina kaya yang mengambil kesempatan keatas melayu-melayu bodoh ini…dikelilingi india-india yang menunggu masa melayu-melayu ini jatuh ke tanah sendiri…jadi aku berharap sangat untuk meninggalkan persekitaran aku ini…aku ingin merantau…mencari jajahan baru untuk diri aku…mencari peluang di tanah bukan milik orang melayu…aku ingin terbang jauh ke seberang sana…bukan aku benci negaraku ini…bukan aku benci tanah air aku ini…tetapi aku sudah bosan…bosan dengan perilaku manusia di tanah yang aku pijaki ini…aku ingin melihat dunia…belajar budaya mereka…betapa luas diciptaNya dunia ini untuk kita jelajahi…jadi buat apa kite duduk sahaja di satu sudut kecil dunia ini…aku tekad…tidak sabar untuk aku memiliki sekeping ‘cd’ ijazah…sehabisnya pengajian aku disini…akan aku sampaikan niatku ini pada kedua orang tuaku…dan aku harap restu daripada mereka…bukan pergi untuk suka-suka…bukan pergi untuk selamanya…aku hendak pergi kerana ade sesuatu yang menanti aku disana…dan pasti…pasti aku akan kembali….dan harapan aku agar impian aku ini…menjadi realiti….
Recent Comments